"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup
gambar hiasan semata-mata dari pakcik google
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehlah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya???
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang
Jika wanita disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar menjadi imam???
NUKILAN :
LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ
8 kritikan membina:
uit..kiter xkesah sgt klu pmpn xtau masak..klu dy nk blja boleh..klu tanak pun xper..xkesah..hehe
tp bab imam 2 wajib tuk laki kerana laki ketua kluarga..;)
ohh yeke hehe
bagi saya dua2 nie penting
saya sebagai seorang perempuan, sudah tentu nak masak sendiri jika dah berumahtangga (insyaallah kalau diizinkan) nanti, sebab nak suami rasa air tangan kita sendiri
bab imam tuu sudah semestinya wajib, bukan harus..hekhek
Dua-dua sama-sama belajar.
Lelaki jadi imam dan juga tukang masak.
Isteri pun belajar agama juga dan tukang masak.
Kadang2 ada isteri yang pandai agama, suaminya kurang dan ada juga yang sebaliknya.
Tak salah kalau isteri ajarkan suami.
Biar sama-sama ke Syurga.
Cuma lelaki biasalah dengan egonya dari zaman dulu sampai sekarang.
wahhh
betul2
komen yg bernas + pendapat yg bagus
jika benda nie di amalkan, konpem..rumahtangga aman damai =)
aishhh, lelaki nie..tak boleh ke turunkan ego sikit korang demi kebaikan?? tak luak pon
heee
hai zati..
akak rasa dua2 tu sama penting
perempuan mesti tau memasak dan lelaki wajib boleh menjadi imam sembahyang jemaah bersama keluarga dirumah
macam akak sendiri,bukan setakat diimamkan suami sendiri..tapi juga diajar mengaji oleh suami jugak..tapi tak la bermakna akak tak tau mengaji..memula nak mengaji depan suami memang nak tergelak je..tapi bila suami start tegur cara bacaan kita dan ajar kita hukum2 bacaan..kita akan rasa menda tu jadi interesting...dan insyallah suami kita pun boleh ajar anak2 kita plak mengaji nanti...
hai akak
betul3
wahhh yeke
satu contoh yang perlu diikuti
teringin nak bahagia rumahtangga zati t cam akak (berangan sekejap)
hehe
zati doakan akak dengan suami akak bahgia hingga ke akhir hayat
aminn =)
insyallah..doakan semoga semuanya akan bahagia..
amin =)
Post a Comment