Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Saturday, April 7, 2012

anak yang comel telah dijumpai

I baru berusia 21 tahun sudah pun mempunyai anak... ye masih muda dan mempunyai anak, rezeki dariNya, kelmarin anak tersebut telah selamat dijumpai di dalam longkang depan rumah I

anak siapa? tercari-cari bunyi anak tersebut pada pukul 1 pagi... masa tu kami sekeluarga baru sampai di rumah selepas berubat dengan seorang ustaz di rumah makcik pakcik I akibat daripada kes ini

ibu I pun ambil anak tersebut, anak siapakah? itulah dia anak kucing, sangat kecil dan comel... I pun ambil keputusan untuk membela anak kucing tersebut

serasanya anak kucing ni baru berusia 3 minggu, masih baru... comel sangat, nak pulak I memang tersangat suka dengan kucing

bila dibawa masuk rumah, anak kucing tersebut tak berhenti bunyi... lapar mungkin, sangat kesian... so bagi minum susu dengan menggunakan botol susu khas untuk anak kucing

nasib baik pernah bela si kecik ni kejap tapi tu dulu... sebelum mati, botol susu dan kelengkapan anak kucing semua ada :)

lepas dah bagi anak kucing ni minum susu apa semua.. letak dalam sangkar, dah letak dalam sangkar pun still berbunyi "meow meow meow"

buah hati pengarang jantung masa kini :)

parents I suruh lepaskan sebab kesian, takut dia mati macam kes si kecik ni, tak sampai hati bila dengar anak kucing tu "meow meow", macam merintih, mendayu-dayu, rasa kesian sangat

I pun dengan rasa berat hatinya letak anak kucing tu kat depan rumah... masa tu dah cakap dalam hati "kalau esok pagi kau masih ada dekat depan rumah, aku akan ambil & jaga kau"

mungkin mak dia akan cari & ambil dia balik di tempat dia ditinggalkan, esok paginya... tengok-tengok dia masih lagi ada

I buat keputusan untuk ambil & jaga dia, daripada bebudak kecil nanti jumpa dan dibuat mainnya anak kucing tu, lagi kesian

kerja I pun bermula, jaga anak kucing... seronok sangat, macam jaga anak sendiri, macam jaga bayi yang baru lahir pun ada *practise make perfect LOL*

bancuh susu, bagi minum susu, tidur dengan dia... dahla kecil dengan comelnya, suka sangat.. masuk hari ini dah 3 hari bela & jaga dia :)

I tak pandai nak bagi nama yang comel-comel dekat kucing, I berikan nama si comel... tak pun lebih selesa I panggil "meow" ngeee :)

nota lappy: dengan harapan comel sentiasa sihat, aktif & seterusnya akan membesar depan mata I, tak nak lagi jadi macam kes kecik, tak sanggup... sedih :'(

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

0 kritikan membina:

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!