Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Thursday, September 4, 2014

setan facebook

Photobucket
sila scroll & BACA SAMPAI HABIS setelah melihat tajuk entry HAHA *amboiii statement macam nak buat karangan SPM*

siapa tak ada facebook? ok tipu, pergi mereput sana.. zaman sekarang gila uolsss tak ada facebook, orang asli pun dah maju sekarang tau, ada facebook.. jangan main-main haaa :P

ok macam ini, malam tadi kita tengok telebisen (televisyen) channel 729, biasalah pagi-pagi buta.. selalu ada banyak cerita best-best, kita pon alih-alih channel telebisen sekali jumpa cerita best yang bertajuk "SETAN FACEBOOK" channel 729

cerita ini berkisarkan tentang hantu facebook di mana hantu tersebut membalas dendam pada orang yang curang pada pasangannya, sesiapa yang ada pasangan tapi curang di facebook

ok apa motif hantu tu bunuh orang? hantu tu masa dia hidup.. terlalu taksub dengan facebook dan sentiasa update status & terlalu ghairah membalas komen-komen dari kawan-kawan facebook

hantu tersebut telah bertunang dan tak lama lagi akan berkahwin tetapi tunangannya telah meninggalkannya dan curang terhadapnya kerana telah mengenali perempuan lain di facebook, maka hantu tu mengambil keputusan untuk bunuh diri kerana tidak dapat tanggung kesedihan

maka rohnya tidak tenteram dan sesiapa yang senasib dengannya (dicurangi), makan hantu tersebut akan membunuh pasangan yang dicurangi tersebut dengan menghantar friend request, chatting selepas itu membunuh

agak cuak masa kita tengok cerita ni sebab masa tu dalam pukul 3 pagi kot, tengok telebisen pula sorang-sorang, lagi bertambah serammm >.<
uolssss jangan cakap itu cerita rekaan semata-mata, kadang-kadang cerita rekaan semata-mata tu kita boleh ambil yang baik sebagai pengajaran & yang tak baik sebagai sempadan
dari cerita HANTU SETAN yang kita tengok dekat telebisen tu, kita sebagai tukang tilik tak bertauliah memerhati dan membuat tilikan bahawasanya terdapat beberapa pengajaran di sini.. nak tahu? teruskan membaca.. kalau tak nak baca, KENA BACA JUGA!! *nada paksa* :P  
JANGAN TERLALU MUDAH MENERIMA FRIEND REQUEST 
bukan nak menyombong ataupun berlagak diva macam AA, kita tahu kita tak diva pon cuma berhati-hati.. sama ada perempuan atau lelaki YANG TAK DIKENALI (walaupun ada mutual friends), kita memang TAKKAN APPROVE!! serious talk.. daripada mengundang fitnah ataupun bahaya.. lebih baik kita mengelak & berhati-hati, kan?

JANGAN TERLALU MELAYAN CHATTING (IM)
yang ini pun sama.. lagi sekali nak cakap bukan nak menyombong atau berlagak diva AA cuma berhati-hati, mana-mana lelaki yang try hard sangat tu, gigih IM aku *bajet hot flip tudung bawal dan tolong jangan menyampah KAHKAH*.. walaupun hanya sembang kosong-kosong, biasa-biasa.. TAK MENDATANGKAN HASIL (tak ada faedah & tak berfaedah, buang masa), paham eh? 

JANGAN CURANG
kalau tak suka, terus terang lebih baik daripada curang tapi menyakitkan.. kalau dah tak nak bersama si dia, terus terang.. JANGAN CURANG!!!! kau boleh angkat kaki, berambus dan mereput sana.. kan senang, tak payahlah nak tipu-tipu.. gelabah monyet betul, mesti suka makan pisang kan orang yang suka menipu ni *jap, apa kaitan menipu dengan pisang?? HAHAHAHAHA*
itu jela yang kita perhati daripada cerita HANTU SETAN, kita memang suka tengok telebisen.. sebab apa? memang cerita tu semua rekaan semata-mata (ada cerita yang dibuat berdasarkan dari kehidupan realiti) tapi daripada cerita tersebut.. ada pengajarannya yang boleh kita ambil.. kenapa kita nak tolak bulat-bulat? telebisen juga salah satu medium untuk belajar kan? bukan dari facebook je kita boleh belajar :P

bagi kita.. nak melayan apa semua, dah tak ada masa.. dah tak ada berfaedah langsung, walaupun hanya borak kosong.. rasa macam banyak lagi kerja lain kita boleh buat daripada berchatting bagai.. zaman chatting kita dah habis digunakan masa remaja dulu *sekarang masih remaja lagi, remaja separa umur kakakaka*
nota lappy: daripada kita sibuk nak melayan yang tidak mendatangkan apa-apa hasil, membuang masa.. baik kita sibukkan diri dengan masa depan kita.. May Allah ease everything :')

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

0 kritikan membina:

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!