Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Wednesday, December 9, 2009

ღ berhenti merindu

Atas nama cinta aku tidak berani bersumpah untuk segalanya.Apa yang aku tanggung ini pun sudah amat membebankan.Namun aku bersyukur pada Tuhan kerana akalku boleh membawa diriku kearah yang benar menerima hakikat ada hikmah di sebalik yang terjadi biarpun dalam parah.

Kadangkala kata-kata tidak memberi erti,kalau banyak berkata ada yang tak mengerti.Aku yang amat menyayangi mu,aku yang ingin selalu mendampingi mu kalah dan pasrah dalam lelah untuk memadamkan semua tentang mu.Hilang kata-kata buat mu,tiada lagi janji untuk aku beri kalau kau tak mengerti.

Pintamu untuk aku terus mengejar kebahagian,biarkan dirimu terus terluka.Dan kau mahu agar aku tidak menoleh lagi,biar kisah silam terus padam.Kau mohon agar aku terus sejahtera,biarpun kau tahu kita sama-sama terluka.Kau hadiahkan aku dengan kalimah suci milik NYA sebagai penawar hiba di hati dan menemani aku yang kemana jua.Terima kasih pada mu..tapi sampai saat ini adakah kau mengerti kenapa kita perlu menamatkan hubungan ini?

Aku kah yang berkorban atau kau yang terkorban..tiada sudah jawapan untuk ini lagi.Biapun sudah lama berlalu namun aku tidak dapat lari untuk selalu merinduimu dan sebenarnya aku ingin berhenti dari merindui mu kerana merindui diri mu amat membebankan,menyiksakan.Berselisih dengan mu di stesyen LRT masjid Jamek dan di Cafe tempohari adalah ujian yang mencabar jiwaku.Semuanya tiada dalam fikiran namun semua yg berlaku itu dengan izin Allah.Takpe lah..

Bagai seekor burung terbang bebas,aku pergi dan aku pulang,menimba dan menyusuri cerita kehidupan aku dan manusia sekeliling.satu persatu orang yang aku sayangi pergi dariku untuk selamanya.Kau tahu itulah ujian Allah buat ku,aku terima kerana kata mu,aku di uji kerana aku kuat.Dan di sisa-sisa hidup ku ini kau kini pasti mengerti kenapa aku terus bersendiri dan meminta kau pergi..kerana aku tidak mahu kau lebih merana dan terus tersiksa dengan apa yang aku tanggung dan hadapi,biarpun ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan namun aku mahu Tuhan temukan kau dengan yang lebih baik untuk masa yang panjang.

Dan..aku tika sujud pada NYA,tidak pernah lupa bersyukur kerana di temukan dengan mu dan aku mohon maaf jua kerana menoktahkan semua ini.
Akhirkata,Kasih.. kupohon maafkan diriku... aku ingin berhenti merinduimu..


* hanya cerpen semata-mata

KEPUNYAAN :

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

0 kritikan membina:

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!