Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Sunday, February 14, 2010

~ bagaimana ingin bercinta??

i dapat salah satu ilmu dari salah seorang saudara di ms, i nak kongsi dengan u all ilmu nie, yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari i sendiri

manusia mempunyai lumrah-lumrah tersebut :
  • ingin dicintai dan mencintai
  • ingin mengasihi dan dikasihi
  • ingin dimanjakan dan memanjakan
  • ingin dibelai dan membelai
  • ingin memberi perhatian dan diberi perhatian
  • ingin ditemani tatkala sepi
  • ingin dihiburkan tatkala hati dirundung duka
  • ingin dipujuk tatkala merajuk
  • ingin disokong tatkala lutut terasa lemah
  • ingin dipimpin bila kaki terasa penat untuk melangkah

manusia ingin rasa dihargai. Ingin rasa dimiliki dan memiliki, manusia normal ingin memberi dan menerima, bersifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, melangkah ke alam baru, alam percintaan

  • seperti siang berpasangan dengan malam
  • seperti putih berpasangan dengan hitam
  • begitulah adam dicipta berpasangan dengan hawa

berbeza sama sekali, tapi saling memerlukan agar dapat saling melengkapi antara satu sama lain, wallahua'alam

'COUPLE'..suatu perkataan yang membawa seribu satu maksud tersirat di dalamnya. Jika dinilai secara kasar, ia membawa maksud berpasangan, kenapa banyak yang tersirat? kerana dengan hanya satu perkataan itu pelbagai kemungkinan kesan akibat 'couple', baik atau buruk, bakal menanti dihadapan, berwaspadalah

perasaan cinta adalah fikrah, kita diciptakan indah dan sempurna, ada naluri dan perasaan. Ada nafsu dan akal. Ada kehendak dan keperluan, wujud perasaan suka atau cinta bukan bermakna kita seorang yang berdosa

cinta yang paling agung adalah cinta kepada Dia yang satu. Cinta sesama makhluk adalah bersifat tidak kekal dan sementara, semuanya pinjaman dan bisa ditarik balik bila-bila masa sahaja, semua makhluk pasti akan mati, kita juga akan mati dan ternyata, cinta juga bersifat 'hidup', perlu dibelai, 'diberi makan', dijaga dengan baik, jika tidak, cinta juga akan pudar dan seterusnya akan mati, musnah hancur binasa




cinta kepada yang berhak, itu yang terbaik iaitu cinta kepada suami atau isteri, ini kerana dia sah dan halal untuk kita, jadi, kita tiada sebarang halangan untuk menjaga dan membajai cinta kita, kita tiada halangan untuk membelai dan memujuk rayu, semuanya halal malahan mendapat ganjaran pahala dariNya, pilih antara dua, cinta yang memberi ganjaran pahala atau cinta yang menambahkan lagi bebanan dosa?

bersentuhan lelaki dan perempuan itu dosa, merendahkan dan melunakkan suara wanita untuk memujuk lelaki adalah dosa, bertentangan mata sehingga menerbitkan rasa ghairah juga adalah dosa, jadi bagaimana??

ini dia tips yang terbaik, insyaallah mudah-mudahan :

  • teruskan bercinta jika anda dan dia ada matlamat untuk membina rumahtangga dalam masa yang terdekat
  • teruskan bercinta andai anda dan dia tahu menjaga soal pahala dan dosa
  • teruskan bercinta andai cinta itu mampu mendekatkan lagi kalian kepada Dia yang satu
  • teruskan bercinta jika matlamat kalian adalah sama, iaitu syurga yang abadi.

tetapi, jika semua itu atau salah satu darinya, tiada dalam kamus percintaan kalian, maka, jalan yang terbaik adalah menutup kisah cinta itu, tetapkan hati, suburkan dan bajailah cinta kepada Dia yang satu, Allah yang Maha Pencipta, Dia menciptakan kita dan juga mengilhamkan perasaan kasih, sayang dan cinta ini, Dia yang Maha Mengasihi

jika kita tidak mampu mencintai Dia melebihi segalanya, maka, adakah kita layak mencintai makhluk lain? Adakah itu tidak dikira menghina? Lupa diri? Kacang lupakan kulit? Adakah kita bersifat adil? Layakkah kita mencintai makhluk lain melebihi Pencipta kita? Merindui makhluk lain lebih daripada Dia? Tak malukah kita?

cintailah Allah, cintailah Rasul, cintailah kedua ibu bapa kita. Cintailah diri sendiri sebelum kita mencintai insan lain. Jika kita yakin, dengan mencintai dan dicintainya, dapat menjamin kebahagiaan kita di dunia juga akhirat, maka bukalah hati untuknya.

Bercintalah. Jangan gopoh dalam mengejar cinta, jangan memandang mudah akan soal cinta kerana ia mampu membunuh.

cinta memiliki kuasa yang sungguh luarbiasa, maka, berhati-hatilah dengan cinta. Jangan kerana bahagia duniawi yang dikejar, kebahagiaan yang hakiki di akhirat terus terabaikan. sekian, Wallahua'alam.

NUKILAN :

____________________________________________________________________

anda sukew dengan entry nie??

sila tinggalkan komen anda,TQ

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

2 kritikan membina:

zhrhtoodem on January 31, 2010 at 3:33 PM said...

entri yang best!
tq!
=D

@cik_ezati on January 31, 2010 at 3:43 PM said...

u're welcome =)

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!