Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Monday, February 1, 2010

~ nak join SKINHEAD ! buleyh kewp x??


salam, bertemu kembali kita di alam maya nie, alhamdulillah, hari nie i nak kongsi dengan u all tentang skinhead, punk & blackmetal..apekah semua ini?? saudara hassriq telah menerangkan serba sedikit tentang group yang diagung-agungkan oleh sesetengah remaja pada zaman kini

i bukan hendak membicarakan tentang hal ni atau hendak mengadili peminat-peminat punk, skinhead atau black metal di luar sana betul atau salah tapi cuba berkongsi pendapat dengan anda semua

persoalan sekarang ialah berkaitan diri kita sendiri..Adakah dengan menyertai group sebegini akan menyebabkan kita dekat kepada Allah? memberi manfaat kepada kita? dan yang paling utama...sejauh mana jangka hayat kita untuk terus “bersumpah setia” meneruskan perjuangan group sebegini?

  • PERGAULAN

seringkali kita melihat group sebegini melepak di shopping complex, pusat hiburan dan sebagainya, kita juga sudah lali melihat aksi pergaulan bebas antara lelaki perempuan dan lebih memilukan melihat mereka seolah-olah memekakkan telinga ketika azan berkumandang di masjid, mungkin ada sesetengahnya membantah dan mendakwa mereka tetap menjaga solat tetapi berapa ramai yang melakukannya??

  • PAKAIAN

bagi lelaki mungkin tiada masalah sekiranya pakaian itu menutup aurat tapi bagaimana dengan lelaki yang “dressing” hanya t-shirt dan seluar pendek?? belum lagi menyentuh pakaian wanita yang sendat ketat padat dan memang ‘da bomb’, tudung pula dibuat alas meja dirumah, tak campur lagi yang jenis bertindik kt telinga, hidung, dagu dan sebagainya. HARAM bagi lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki


  • MUSIK

ada rakan-rakan yang mengatakan mereka hanya meminati musik yang group ini mainkan. persoalannya, apakah mereka ini benar-benar faham akan musik yang dimainkan?? sesetengah musik kedengaran agak keras sehingga membuatkan para pendengar “head banging”, sudah pasti lagu sebegini tiada unsur keagamaan, tak tahu pula kalau lepas ni group sebegini nak buat lagu berunsur dakwah

  • SPIRITUAL

kita pernah digemparkan dengan berita yang melibatkan sesetengah group ini yang sanggup memijak Al-Quran, melakukan seks di atas helaian Al-Quran dan meminum darah kambing hitam semata-mata untuk membuktikan “taat setia” mereka, semangat ini jelas sekali bertentangan dengan syarak yang telah ditetapkan oleh Islam

KALAU DAH TERJOIN,MACAM MANA??

masalah masyarakat di Malaysia ini, bila jumpa je group sebegini mereka akan caci, kutuk dan mengumpat belakang.Tak ada langsung inisiatif nak bantu mereka ini keluar dari gejala sosial sebegini.”Ala,hang cakap pandai la..buat tengok.”Perkataan ini la yang sering keluar dari masyarakat sekeliling.Ahli group ini pun manusia gak.SETIAP ORANG BOLEH BERUBAH! Ya!

setiap orang boleh berubah tapi yang mampu mengubahnya adalah DIRI SENDIRI. orang lain hanya boleh pimpin dan tunjukkan jalan. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna sendiri pernah berkata, ”Seseorang yang mempunyai himmah(kemahuan) yang kuat tiada terhalang oleh sesuatu pun”

jadi, tunggu apa lagi? mari sama-sama kita bermuhasabah diri, join la persatuan atau NGO yang terlibat dalam pembangunan insan dan dakwah, tak rugi pun malah kita kan mendapat lebih banyak manfaat, libatkan diri dengan program berunsur ilmiah dan bersemangat muslimin yang disegani.

NUKILAN :


__________________________________________________________

anda sukew dengan entry nie??
sila tinggalkan komen anda,TQ

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

6 kritikan membina:

joegrimjow on February 1, 2010 at 5:44 PM said...

cppc
jom join contest best
;-)
link contest

Cheese Monster on February 1, 2010 at 6:02 PM said...

erk.ada lagi ke menatang neh?

Ariff Shah on February 1, 2010 at 6:17 PM said...

Mana skinhead?
Siapa skinhead?
Kasi tau aku sikit.
Aku nak belasah mangkuk mangkuk ni.
Skinhead konon.
Datang russia la baru tau skinhead sebenar.
Silap-silap budak2 skinhead2 bodoh Malaysia ni yang kena bunuh dengan skinhead russia.

Cakap kawan-kawan kamu yang bodoh tu, kalau tak tau apa-apa jangan join. Kalau nak gaduh, boleh gaduh dengan aku. Ikut budaya orang macam orang bodoh.

Sorilah. Aku over reacting sikit tapi aku kritikal pasal isu ni. Ni pasal pengalaman hidup kat Russia, kat sini boleh kata tempat asal skinhead. Jadi aku ada sebab untuk membenci mereka termasuk anak-anak muda Malaysia ni yang tak tau apa-apa langsung pasal benda ni.

@cik_ezati on February 1, 2010 at 6:23 PM said...

to hbz : ad kowt tpi myb dh xbnyk

to arif syah : relax3, i hanya KONGSI ILMU yang i dapat dri saudara hasriq, i xdew kwn yg join segala mcm sosial nie, huhu

Unknown on February 8, 2010 at 2:05 PM said...

woow..saudara arif..
bukan begitu caranya untuk menangani isu nie..
saya ada kawan dak skinhead n punk gak dolu..
dolu, dorang agak terpengaruh ngan budaya2 asing nie..
alhamdulillah..
sekarang dorang da elok je..
sabda nabi S.A.W:
maksudnye, "kemudharatan jangan dibalas dengan kemudharatan"..
ini bukan budaya islam..
dorang insaf pon sbb dapat teguran daripada abang senior waktu kami skool dulu..
n hope, yang len pon akan berubah gak kn..=)

@cik_ezati on February 8, 2010 at 2:23 PM said...

yeah, agree with u 100%

thnx =)

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!