Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Friday, November 12, 2010

sikit-sikit nak malu, MALU TAK BERTEMPAT

salam readers, I nak share ilmu yang I dapat, sharing is loving right?? ehh sharing is caring, *ehh2 caring ke loving ke hape aku peduliiiii lalala*

Situasi 1
A: “Kalau ko jalan2 dengan mak, contohnya pergi shopping complex ke..pegang tangan mak tak?”
B: “Ish ko nie, aku kan dah dewasa, takkan nak buat macam tu. Malulah.”

Situasi 2
A: “Jomla pegi surau, ade ceramah sikit malam ni.”
B: “Tak mau laa, segan..aku kan jarang turun surau, nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3
A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu tak ade ke?”
B: “Saje buat. Malulah bile orang tanye. Aku tak ade facebook, orang cakap ketinggalan zaman.”

Situasi 4
A: “Ko pernah pergi mid pakai baju kurung tak?”
B: “Ish, tak ade style la pakai baju kurung, buat malu je.”
A: “Ohh, kalau pakai seluar track dengan t shirt lengan panjang?”
B: “Lagila tak, malu.”

Situasi 5
A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? kenape tetibe tukar?”
B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu pulak kalau diorang tau. kejap lagi diorang ingat aku perli diorang pulak.”

Situasi 6
B: “macam mane nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye siape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la pulak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7
A: “kenape ko tak rapat dengan die? Bukan die satu kelas dengan ko ke? Ko tak suke die ke?”
B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik dengan die. Segan kalau dia tegur. ”
dalam banyak-banyak situasi dekat atas, I paling tertarik dengan situasi no 4, pakai baju kurung ataupon seluar slack dengan t shirt lengan panjang pon nak malu ke??? aiyooo tak faham meyh =.=

keluar pakai seluar slack pon malu?? ntahlaa I rase pelik, mungkin sebab I dah biasa keluar pakai seluar slack, dulu-dulu date dengan encik gedik pon I pakai seluar slack je, naseb baek kau tak komplen kan (dalam ati tak tau pulak en)

mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya

semuanya berkisarkan tentang perasaan malu, setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu, secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang pertama boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul

yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

p/s: Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat ^^

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

8 kritikan membina:

amal_fc1303 on November 12, 2010 at 11:57 AM said...

apa la sume nie mmg terjadi la lam life kita skrng...
wat pe la nak malu sume tu...
ish2...
be ur self je la.

@cik_ezati on November 12, 2010 at 12:16 PM said...

@amal_fc1303
malu biar bertempat ^^

amal_fc1303 on November 12, 2010 at 12:31 PM said...

tu la pasal kan.
nie malu tak bertmpt nmpk nyer.

@cik_ezati on November 12, 2010 at 12:43 PM said...

@amal_fc1303
hik, betol3 :D

tengkorakemas on November 13, 2010 at 12:09 PM said...

dengan rasa bangganya TE nak cakap yg TE tiada akaun fb..tiada rasa malu atau ketinggalan zaman..XD

Kik0 ♥ QiLaH on November 13, 2010 at 7:58 PM said...

aaaaaaaa maluuuu =_="

@cik_ezati on November 14, 2010 at 2:12 AM said...

@tengkorakemas
wow, gud2 ^^

@cik_ezati on November 14, 2010 at 2:12 AM said...

@NuR 'aQiLaHhiks :D

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!