Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Monday, March 26, 2012

Contest: Cerita Seram - Mistik Yang Terungkai (1)

ingatkan nak update macam biasa tapi terjumpa contest, alang-alang tu I nak kategorikan kisah ni untuk contest


klik pada banner tersebut untuk join ataupun mengetahui lebih lanjut tentang contest: cerita seram

kejadian ni masih baru lagi... bermula di rumah sewa... pada mulanya I mengalami kegatalan selama 3 minggu, pada minggu pertama kegatalan tersebut di kaki, bukan setakat gatal-gatal tetapi tempat kegatalan tersebut menjadi merah-merah, berbintat dan bengak

minggu pertama I balik rumah family, ingatkan nak ajak parents pergi klinik untuk mengetahui punca kegatalan tersebut tapi yang peliknya... gatal-gatal kat kaki I dah hilang apetah lagi merah-merah, bintat dan juga bengkak... semuanya hilang, bila hilang macam mana I nak ajak parents I pergi klinik? tiada bukti yang sahih untuk tunjuk kat doktor, disebabkan tanda-tandanya dah hilang, I tak jadi beritahu parents I tentang kegatalan yang I alami

pada minggu kedua (kembalinya I kat rumah sewa), I mengalami kegatalan lagi sekali tapi kali ni gatal-gatal tersebut terdapat di lengan dan juga leher, kegatalan yang sama I alami pada minggu pertama, merah-merah, berbintat dan juga bengkak... minggu tu pun I balik rumah dan bernasib baik pada minggu tersebut kerana kesan bintat-bintat tersebut tak hilang...

I cerita dekat parents I tentang kegatalan tersebut (sambil tunjuk bintat-bintat yang terdapat di lengan), ibu I cakap mungkin kegatalan tersebut akibat hama-hama dan juga habuk di tempat I tidur, I berfikir dengan logik berkemungkinan juga apa yang ibu I cakap tu betul... dekat rumah sewa I tak tidur di dalam bilik, I tidur di ruang tamu bersama 3 orang lagi rakan yang lain... ruang tamu kitorang ada pulak selipar dan kasut yang bersusun, kalau disusun selipar dan kasut kat luar rumah boleh hilang weiii kasut kitorang (rumah apartment)

nak pulak I ada alergik, alergik dengan hama-hama dan juga habuk, ibu I pesan untuk tidur di dalam bilik masa dekat umah sewa nanti... I ada satu tabiat masa tidur, I tak boleh tidur dalam keadaan terang dan juga gelap, haaa macam mana tu? kalau pasang lampu... memang I tak dapat tidur, kalau tutup lampu pun I tak dapat tidur, I kena tutup lampu dan pasang lampu samar-samar baru I dapat tidur, apa orang cakap... lampu tidur yang kecik gitu *pelik sungguh tabiat aku yang satu ni*

untuk minggu yang ketiga I ikut pesanan ibu I untuk tidur dalam bilik, I pun tutup lampu dan pintu bilik... tetapi I buka lampu bilik air dan tutup pintu tersebut.. I tidur macam biasa... secara tak semena I terjaga pada pukul 4 pagi, tiba-tiba I terdengar bunyi orang berdengkur, nak kata bunyi orang berdengus pun ada wallahualam

masa I dengar bunyi dengusan tu, I fikir mungkin itu hanya mainan perasaan... I berandaian mungkin itu bunyi dengkuran salah seorang housemate I yang tidur di ruang tamu, I tutup mata untuk sambung tidur tapi tak dapat, hati tak tenang

I ingatkan nak tunggu sampai pukul 6 pagi untuk tunggu dengusan tu hilang tapi makin lama bunyi dengusan tu makin jelas di pendengaran I, I baca ayat Kursi dua tiga kali tapi tak berkesan, bunyi dengusan tu makin kuat... macam tengah tahan marah

perasaan takut mula menguasai diri, kipas yang terpasang pun I tak rasa sejuknya, berpeluh-peluh, jantung berdegup kencang, laju tersangat... tak boleh nak fikir apa dah masa tu, I tak ada 'kekuatan' untuk berlari keluar dari bilik, terkaku di pembaringan... I capai handset di tepi bantal dan pasang surah Yassin... bunyi dengusan tersebut hilang untuk sementara waktu dan sebaik sahaja surah Yassin habis dimainkan... bunyi dengusan tersebut makin kuat

entah dari mana I dapat 'kekuatan'... I terus berlari keluar ke ruang tamu, I masuk bilik semula dan pasang lampu bilik... sambung tidur dalam keadaan lampu yang terpasang dan pintu bilik tak tertutup dan pada yang sama I tidur ditemani oleh surah Yassin... keesokan harinya I tak cerita dekat sesiapa tentang bunyi dengusan tersebut

dua tiga hari lepas kejadian tersebut, housemate I bukak cerita... dorang kena 'kacau', cerita masing-masing berlainan, bila masing-masing dah bukak cerita... baru I bukak cerita dan sejak kejadian tu juga I tak dapat tidur dengan lena... tidur kejap lepastu terjaga, tidur kejap lepastu terjaga (tidur-tidur ayam gitu, hoh)

Rabu lepas dalam minggu yang sama (minggu ketiga), housemate I tegur tentang kesan-kesan yang terdapat di belakang badan I
housemate1: zati... belakang badan kau ni (buat muka pelik)
aku: kenapa? (pelik)
housemate1: ada kesan
aku: kesan garu kot, esok lusa mungkin hilang   
housemate1: aku nak tengok kuku kau
aku: (tunjuk sepuluh jari dekat dia)
housemate: tak panjang pun kuku kau, kot ye pun garu takkan kesannya macam ni, kesan garu lain kot, itu yang aku pelik
aku: entah, aku pun tak tahu
housemate1: (diam sambil buat muka pelik pandang belakang badan I)
disebabkan I tak nampak kesan-kesan tersebut... makanya I berandaian mungkin itu kesan garu akibat kegatalan yang I alami

esoknya (hari Khamis), I ternampak kesan cakar di lengan, di bahu, leher, dan juga di pipi I... dah macam cakaran kucing pun ada, heh.... *sejak bila aku main dengan kucing dekat rumah sewa? kucing pun tak ada, jangankan nak main dengan kucing*

serius macam pelik sebab I tak rasa sakit mahupun pedih pada kesan cakar tersebut, macam mana boleh ada kesan-kesan cakar? I tanya pada housemate yang menegur tentang kesan-kesan yang dia nampak dekat belakang badan I
aku: badan aku.... cuba kau tengok (sambil tunjuk kesan-kesan cakar)
housemate1: (muka terkejut) kesan ni yang aku nampak dekat belakang badan kau semalam, itu yang aku pelik bila kau kata kesan garu, kuku kau tak panjang pun... nak pulak kesan ni tak nampak macam kau garu, kenapa ni? habis satu badan kau kena cakar
aku: entah (sambil membelek anggota badan yang ada kesan cakar)
kecoh satu rumah pasal 'benda' tu... erk, semua pun dah takut dan memang tak syak lagi memang ada 'benda' dalam rumah sewa kitorang, wallahualam

yang peliknya... I sorang je yang kena cakar, orang lain pun kena juga 'kacau' tapi tak sampai kena cakar, sampai sekarang pun I tak faham, hanya Dia yang Mengetahui segalanya

itu pengalaman I dekat rumah sewa... seram tak seram tapi itu yang membuatkan I fobia sampai sekarang *mana tak fobia, tengah sedap tidur tetiba terjaga... kalau terjaga sahaja takpe tapi sampai terdengar dengusan tahan marah??*

I tag tiga orang dalam contest ini iaitu: shag, eca dan izbeta (dia kata sekurang-kurangnya dua orang blogger... dengan selebih-lebihnya I tag tiga orang bhahaha *tamak betol aku ni*) :P

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

6 kritikan membina:

Puan Besar Shag Yahaya on March 26, 2012 at 10:27 PM said...

Mak aih. Cuak den. Tapi kan orang selalu cakap, kalau kita dengar bunyi tu kuat/dekat, benda tu jauh dari kita. Vice versa.

Waa~ Awat tag Shag. Shag tak reti nak cito eh alam mistik ni. Kang jadi lawok lak :Pp

@cik_ezati on March 26, 2012 at 10:42 PM said...

@Puan Besar Shag Yahaya
HAHA ouhh yeke.. zati tatau pulak macam tu, iskk takut huuu~

kahkah jadi versi lawak pun boleh :P

SYAF on March 26, 2012 at 11:06 PM said...

pertama sekali nak ucap thank sbb join kontest syaf nie....bila syaf baca cete anda syaf dapat bayangkan syaf dalam situasi tersebut.... :) ....meremang gak bulu roma...kalau dihayati..

@cik_ezati on March 26, 2012 at 11:49 PM said...

@SYAF
sama-sama syaf =)

Liyana Deli on April 2, 2012 at 4:59 PM said...

rumah sewe uh kat maluri ker?
sy pelajar kptm tapi dah abs dah
kteowg kene kacau pun xdew sampai cakar2
huhuhu

@cik_ezati on April 2, 2012 at 5:29 PM said...

@Liyana Deli
yup kat maluri.. taman maluri, ouhh akak student kptm, sye ingat cybernetics tadi heeee *malu sebab salah* XD

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!