Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Monday, April 23, 2012

makan jangan nak gelojoh!

Photobucket
lamernyeee tak update blog *macam ada yang kisah pulak kannn kuikui :P*, baru lepas habis final exam, sekarang tengah cuti sem hoyeahhh... awal bulan 7 naik semester baru XD

ok pendahuluan tak ada kene mengana dengan makan pun, kes ini terjadi pada hari ahad (semalam) pada pukul tak sempat nak tengok jam tapi yang pasti waktunya adalah pagi

pagi semalam tengah sedap I makan keropok lekor dari ganu (Terengganu) depan laptop, duk kunyah kunyah kunyah dah habis satu batang keropok lekor tu tetiba gulpppppp tulang ikan tersekat dekat anak tekak

pulak dah! tersekat tulang ikan dekat anak tekak, menggelupur sakit jangan cakap sampai nak bersuara pun tak boleh, makan tak baca bismillah ke apa sampai tercekik tulang ikan? heh =='

(klik di gambar untuk lebih jelas)


dangggg! dapat sejibik dengan parents I HAHA

parents I suruh kepal nasi, baca bismillah + selawat 3 kali lepas tu telan, nak telan nasi yang dah dikepal tu tapi tak boleh, rasa nak termuntah pun ada, I pun kepal roti untuk telan tapi tak boleh jalan juga, iskkk tak boleh jadi ni

dah alang-alang tercekik tulang ikan depan laptop, I pon search tips-tips untuk tercekik tulang ikan... I terjumpa beberapa tips

  • minum air menggunakan senduk, baca bismilillah dan selawat.. insyaAllah 
  • ambil tangan kanan kucing, lepastu baca bismillah dan selawat.. usapkan tangan kanan kucing tadi tu dari atas ke bawah di leher kita, insyaAllah mudah-mudahan

I cuba kedua-dua tips tersebut, I ambil senduk (bukan senduk nasi ye tapi senduk masak yang digunakan untuk kacau kuah dalam periuk) lepas tu letak air suam, baca bismillah dan selawat 3 kali, Alhamdulillah dah boleh bersuara & tulang ikan tadi pun tidak lagi tersekat di anak tekak tapi masih terasa bisanya

I ambil comel yang asyik bermain *nasib kau laa comel*, I ambil tangan kanan comel lepastu baca bismillah dan selawat 3 kali, I usap-usapkan tangan kanan comel dekat leher I dari atas ke bawah, Alhamdulillah rasa bisa dekat anak tekak tu dah hilang sedikit, tak sesakit tadi


    pagi ini I bangun, Alhamdulillah rasa bisa dekat anak tekak I dah hilang... serik dah haihhhh nak makan keropok lekor ganu *gelojoh punya pasal, keropok lekor pulak dipersalahkan.. heh*

    nota lappy: macam tak logik dengarnya minum air guna senduk heh, tapi ternyata mujarab... Alhamdulillah dengan izinNya

    LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

    4 kritikan membina:

    Puan Besar Shag Yahaya on April 23, 2012 at 11:43 AM said...

    Hahahahahaha. Lepas ni nak makan kepok gote tu selawat 3 kali dulu. Doa hindar daripada tulang ikan. Tau tau ;D

    Untung lah orang tu cuti lama~

    @cik_ezati on April 23, 2012 at 11:49 AM said...

    @Puan Besar Shag Yahaya
    gelak jangan besar2, nanti masuk lalat LOL :P

    selawat 3kali, cukup pakej dengan doa makan XD

    untunglaaa orang tu jeles, eh? :P

    Anonymous said...

    kucing pun ada tangan eh ? Haha :D

    @cik_ezati on December 16, 2012 at 11:28 PM said...

    @Anonymous
    tangan ke kaki? eh? ahahaha bantai jela labu :P

     

    zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!