akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
JANGAN sengaja lewatkan solat
perbuatan ini Allah tidak suka, kalau tertidur lain cerita
JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan
JANGAN biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita..
hilang bahagia
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya & kalau gagal kecewa pula
JANGAN bakhil untuk bersedekah kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
JANGAN banyak ketawa, nanti mati jiwa
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN sebab semuanya untuk keselamatan kita
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya
NUKILAN :
__________________________________________________________
anda sukew dengan entry nie??
LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ
2 kritikan membina:
btol tu..
Jangan berkata'jangan' kalau Islam kata JANGAN..
Hrp dpt sye melaksanakannya ;)
insyaallah
hrp zati jua dpt melaksanakannya
mudah2han
amin =)
Post a Comment