Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Monday, April 18, 2011

sesungguhnya lidah manusia itu...

lidah.
memang lunak dan tidak bertulang, salah satu anggota terpenting dan seharusnya bersyukur dengan nikmatNya

google: bahasa mu tidak se'indah' seperti lidah yang kau miliki, maka tidak hairanlah ada pepatah mengatakan "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa"


lidah itu umpama mata pisau, ia boleh hadir sebagai rahmat kepada manusia di kalangan ungkapan ucapannya terselit unsur nasihat dan ketaatan kepada Allah S.W.T

pada masa yang sama, lidah jua boleh membawa kepada kepedihan jika lisannya mendedahkan belang yang tersembunyi
"kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya" (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)
umpama sebilah pisau yang tajam, terhiris sedikit pasti melukakan, demikianlah lidah diibaratkan.. Hatta, para ulama sendiri menyimpulkan lidah ini saghir al-jism kabir al-itsm (benda yang kecil tetapi besar dosanya)

lidah tajam laksana pedang bermata dua, luka akibat disayat dengan pedang tidaklah susah untuk diubati berbanding dengan hati yang terluka akibat ditikam dengan kata-kata, ke mana kan dicari ubatnya?

lihat sahaja, bagaimana Bani Israel mendapat laknat daripada Allah sehingga ke hari ini dek kerana lancangnya lidah mereka.. Allah SWT menceritakan: “Dan orang-orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terbelenggu.” Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu, padahal tangan (kekuasaan dan kemurahan) Allah terbuka.” (Surah Al-Ma’idah ayat 64)

menurut Ibnu ‘Abbas, pada saat ayat ini turun, Nabbasy bin Qais, seorang Yahudi, telah mengeluarkan kenyataan di hadapan Rasulullah SAW: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu itu sangat kikir dan tidak mahu memberi.” (Hadis riwayat At-Thabrani)

kerana mulut badan binasa, sedikit sahaja ucapan kita menentukan nasib kita di akhirat.. Walaupun kita mengira ucapan kita itu biasa-biasa sahaja atau ringan, tetapi tiada siapa yang tahu kerana ucapan kita itulah, akhirnya kita akan meraung kesakitan akibat dibakar hidup-hidup dalam api Neraka

kerana itu, Rasulullah SAW sentiasa menekankan kepentingan menjaga lidah.. banyak hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan kita untuk mengucapkan kalimah yang baik. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: “Kalimah yang baik ialah sedekah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW berpesan: “Sesungguhnya Allah membenci kepada kamu tiga perkara: ‘dikatakan dan orang itu berkata’, membuang harta dan banyak bertanya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

ia akan memberi kesan yang mendalam apabila kita berbicara setajam pedang, sekuat halilintar tanpa memikirkan dalilnye perkataan tersebut dan bagaimana penerimaan orang sekililing

moga Allah menjaga kita semua dari petaka lidah serta menguatkan kita untuk menahan lidah dari kebatilan, amin

nota lappy: syukurilah nikmat dariNya dan gunakan ia dengan sebaik-baiknya

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

10 kritikan membina:

tengkorakemas on April 18, 2011 at 2:19 AM said...

andai lidah ibarat pedang, sarungkanlah agar terselamat dari hirisan dan tusukannya..

Abu Zafran on April 18, 2011 at 2:20 AM said...

nice sharing..yupp..lidah manusia lebih pedas dripada cili....hehehe

jom join
Segmen : Handphone Ku

SyaA_eEAa on April 18, 2011 at 2:27 AM said...

asslm :)
nice blog..
lidh mang perlu dijge an..
sbb,ianye lbeh tjm dr mata pdg bile brckp..
ishish-.-'

@cik_ezati on April 18, 2011 at 2:30 AM said...

@tengkorakemas
itu adalah sebaik-baik penyelesaian, moga-moga insyaallah

@cik_ezati on April 18, 2011 at 2:31 AM said...

@Chegu Zubir
berkongsi di pagi buta heee, cili takpe sebab zaty suke makan cili heeee

@cik_ezati on April 18, 2011 at 2:32 AM said...

@SyAE SyEa
wassalam, thanx

moga-moga kite dijauhi daripada perkara yang tidak diingini hanya disebabkan lidah, insyaallah

GR on April 18, 2011 at 2:38 AM said...

tspi jari saya lebih berbisa dari lidah saya. macam mana tu? :P

@cik_ezati on April 18, 2011 at 2:42 AM said...

@Fitri Karim
errr tak ada jalan penyelesaian, sesungguhnya itu amat menakutkan :p

Menusuk Hati on April 24, 2011 at 9:51 PM said...

assalamualaikum...lidah tu nampak je lembut tapi sebab lidahlah ramai yang masuk neraka..blogger,watch out!

@cik_ezati on April 24, 2011 at 10:38 PM said...

@menusuk hati
waalaikumussalam, oleh itu peliharalah & gunakan lidah kite dengan sebaik-baiknya :)

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!