semua pun sedia maklum bahawa esok bersamaan 8 mei 2011 adalah hari ibu, semua pun sibuk memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk diberikan pada ibu mereka tapi I? (senyum)
1st I kenal apa itu hari ibu masa darjah 1, balik-balik sekolah terus jumpa mak I pastu cakap "selamat hari ibu, akak ada bunga untuk ibu, nie bunganya..cantik tak?" pastu beliau akan cium I sambil ucap terima kasih, I pulak tersengih-sengih macam kerang busuk, sungguh rindu akan saat itu
I ingat lagi, pernah I tanye beliau masa I darjah empat, "Ibu, Ibu nak hadiah apa untuk hari ibu nanti?", beliau tersenyum jawab "Ibu tak nak anak-anak ibu belikan hadiah untuk ibu, hanya kejayaan anak-anak ibu sudah cukup memadai untuk ibu"
bila usia mula meningkat, tiap-tiap kali hari ibu menjelang...I pasti akan buat kad kreatif walaupun tak berapa nak kreatif I nie pun, I akan beri kad itu pada beliau sambil mengucapkan selamat hari ibu, sungguh sampai sekarang beliau masih simpan kad tersebut, buat kenangan barang kali
.adik beradik mak I di hari perkahwinan pakcik bongsu I.
pejam celik pejam celik I dah berusia 20 tahun, selama 20 tahun juga mak I jaga I, didik I tanpa sikit pun mengeluh, tiada keluhan dari seorang ibu, tiada istilah penat dalam kamus hidup beliau
di kesempatan ini, I nak ucapkan selamat hari ibu kepada beliau, sungguh akak tak dapat nak bagi ibu hadiah mahupun hadiah yang murah ataupun mahal, akak hanya mampu untuk bagi ucapan & kejayaan untuk ibu insyaallah
"Ibu tak nak anak-anak ibu belikan hadiah untuk ibu, hanya kejayaan anak-anak ibu sudah cukup memadai untuk ibu"sungguh kata-kata ini berkesan sampai sekarang, rasa sebak di hati bila memikirkan, even hanya dengan kejayaan akak nanti pun tak cukup untuk membalas segala-galanya
anak-anak ibu dah besar sekarang, dua-dua pun dah meninggalkan ibu untuk memikul tanggungjawab dan akan memberi kejayaan untuk ibu suatu hari nanti, doa ibu sentiasa mengiringi kami dua beradik, terima kasih akak ucapkan tak terhingga
walau apapun kasih sayang akak terhadap ibu tak nak dapat diungkapkan hanya dengan kata-kata mahupun ditunjukkan dengan membelikan hadiah untuk ibu
kata ati: terima kasih untuk segala-galanya ibu, akak sayang ibu sesangat..sungguh, bagi akak..hari-hari pun adalah hari ibu
p/s: minta jasa baik anda semua untuk vote jenis post yang anda minat di dalam blog ini, anda boleh lihat poll di belah kanan, segala jasa baik anda amat ZAL (zati and lappy) hargai =)
LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ
4 kritikan membina:
seorang ibu tak pernah mengharapkan hadiah, cuma dia inginkan anaknya hidup dengan baik dan berjaya.
=)
@GR
itu betul, rasa sebak di hati ini
seorang ibu memang tak penah mengeluh nak besarkan anak anak dia . sorang ibu leh jaga 10 orang anak . tapi 10 orang anak lum tentu dapat jaga sorang ibu .
zati , ni entry saya sal hari ibu juga . rajen rajen baca ye :)
http://gadisbunga93.blogspot.com/2011/05/korang-nak-tahu-tak-asal-usul-hari-ibu.html
@gadis bunga
betul-betul, oke..saye akan terjah =)
Post a Comment