Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Monday, May 9, 2011

resipi nasi goreng belacan versi hentam saja laaa labu

sebelum parents I pergi kerja, mak I ada pesan kat I "kakak, ibu dah panaskan nasi...boleh buat nasi goreng"

nasi goreng? erkk....okie, bermulanya resepi hentaman I yang terbaru "Nasi Goreng Belacan versi hentam saja laaa labu" *mata ke atas, tangan di bahu*

memandangkan chef  sudah mula untuk berbicara, duk tengok buat apa lagi....pergi ambil kertas, pen lepastu salin, dah salin..cube buat, sedap tak? kalau tak sedap jangan salahkan I muahaha =.='

bermulanya dengan bahan-bahan, antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

- 3,4 biji bawang merah (I dengan sesuka hatinya gantikan bawang merah tu dengan 1/2 biji bawang besar), dah nama pun resepi hentam saja laaa labu, ikut suka I nak ganti dengan ape pun :p

- 5 hingga 6 tangkai cili padi (I dengan sesuka hatinya menokok tambah 20 tangkai cili padi, I suka pedas oke), untuk yang tak tahan pedas...anda tak digalakkan untuk mencuba nasi goreng belacan, diulangi belacan...kalau ada belacan sewajibnya ada cili padi

- 1 sudu teh belacan (I tak sukat pun, I maen suka suki seberapa banyak pun I nak ambil)

- 2 biji telur

- kacang panjang (yang nie I tokok tambah sendiri)

- garam & gula secukup rasa

- nasi putih 4-5 pinggan (I letak ikut sedap rasa, seberapa banyak yang I nak letak)

dah habis part bahan-bahan, kita mula sesi menggoreng dapur, ehh silap..menggoreng Nasi Goreng Belacan versi hentam saja laaa labu *mata ke atas, tangan di dada*

- korang tumbuk bawang besar tadi, cili padi dan juga belacan bersama-sama sehingga lumat

- lepastu korang tumis bahan-bahan yang korang dah tumbuk tadi sehingga naik bau, sehingga garing...jangan terlalu garing, kang tak pasal-memasal jadi hitam terus benda alah tu kang

- bila dah naik bau, korang masukkan garam & gula secukup rasa

- masukkan telur, lepastu gaul dan gaul

- agak-agak telur tu dah separuh masak bila digoreng bersama bahan-bahan tadi, baru korang masukkan nasi, lepastu gaul lagi sampai lebam

- di sebabkan ini adalah Nasi Goreng Belacan versi hentam saja laaa labu *mata ke atas, tangan di dada*, I letak kacang panjang yang telah dihiris bulat-bulat kecil

- hidangkan & makan

cakap banyak pun tak guna kalau tak ada hasilnya...kejap ye

.tadaaaa nie hasilnye, sedap tak sedap tak? hihihik *oke minta lempang*

itu hasilnya dari air tangan I sendiri *bangga kejap, hidung kembang kempis*, cakap banyak pun tak guna, sekarang masa untuk makan "Nasi Goreng Belacan versi hentam saja laaa labu" *mata ke atas, tangan di dada*

kata ati: "Ibu, lepasnie ibu dah boleh cari calon suami untuk akak tau ibu" erkkkk =.='
p/s: minta jasa baik anda semua untuk vote jenis post yang anda minat di dalam blog ini, anda boleh lihat poll di belah kanan, segala jasa baik anda amat ZAL (zati and lappy) hargai =)

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

12 kritikan membina:

tengkorakemas on May 9, 2011 at 10:25 AM said...

boleh tak TE tambah lobak dan kobis?hentam sajalah kan?

TE pun suka pedas!!mengalir air mata dan hingus tanda kepuasan!

Unknown on May 9, 2011 at 10:31 AM said...

hehe.... tak suka bawang putih eh... hehee

@cik_ezati on May 9, 2011 at 10:36 AM said...

@tengkorakemas
hahaha boleh saja TE, hentam saja laaa labu :p

pfttt sedap tu, pedas2

@cik_ezati on May 9, 2011 at 11:00 AM said...

@saya YANA
a'aah tak suke bawang putih, kureng hehe

faizalnizam on May 9, 2011 at 1:37 PM said...

ada jugak resipi hentam saje ye. hahaha. takpe, yang penting usaha tu ada.

@cik_ezati on May 9, 2011 at 1:50 PM said...

@Fyzal
hahaha resipi yang serupa seripi, btw thanx =)

Puteri Iqa Izyan on May 10, 2011 at 12:27 AM said...

order satuuuuu!! o_O

@cik_ezati on May 10, 2011 at 12:43 AM said...

@Puteri Iqa Izyan
nah...kalau xsedap xtau hahah :p

Nazrul Ashraff on May 10, 2011 at 6:09 PM said...

aku takut sakit perut je ni kalau makan.. tak pun keracunan makanan . haha

@cik_ezati on May 10, 2011 at 11:29 PM said...

@Inche Vampire
hahaha #ngeng
belum cuba belum tau :p

GR on May 10, 2011 at 11:50 PM said...

ini gua pun tau buat. muahaha

@cik_ezati on May 11, 2011 at 12:05 AM said...

@GR
ceitt...cube awak buat tengok, sedap ke tak..hahah :p

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!