I nak bercerita tentang ketupat, tak kisah laa ketupat punye cerita dah lapuk ke belum tapi I tetap nak cerita juga :p
ketupat pulut....apa perbezaan ketupat pulut dengan ketupat biasa?
ketupat biasa berbentuk segi empat dan beras yang digunakan ialah beras biasa yang digunakan sebagai makanan harian (beras masak nasi)
ketupat pulut berbentuk segi tiga dan beras yang digunakan ialah beras pulut
apa perbezaan beras biasa dengan beras pulut? errrr korang boleh google huhu, kedua-dua ketupat ni I makan, tinggal tolak batu dengan kayu :p
hari isnin (last puasa) I sampai kampung....niat di hati nak tolong nenek buat ketupat biasa, nak-nak pulak I dah tengok video cara buat ketupat, macam senang huhu
sampai je kat kampung...I dah dapat agak, ketupat biasa dah siap dianyam dan dah direbus...nenek I dah siap gantung lagi ketupat tu, jadi tak dapat I nak nolongnye huhu
I ternampak satu bakul...bakul yang berisi anyaman ketupat pulut...nenek I cakap ketupat tu belum siap lagi, jadinya niat nak tolong tu datang walaupun tak gheti menganyam :p
gambar: sumber google
aku: ibu.......akak dah pandai anyam ketupat pulut (senyum sampai telinga)semua orang pandang Imakcik: itu ketupat betinaaku: erkkk, betina? ketupat pun ada jantan betina ke?makcik: a'aahaku: tipu (gelak)makcik: betul, cuba tanya tok mak (nenek I)aku: yeke (muka tak percaya)berlalu dari dapur, terus dapatkan nenek I
gambar: rupa ketupat pulut betina (sumber google)
aku: atok, jadi kan ketupat ni? (senyum sampai telinga sambil tunjuk ketupat yang dah siap anyam tu)nenek: jadi memang jadi tapi tu betinaaku: yeke atok, betina? ketupat ada betina dengan jantan ke?nenek: a'aah, yang ati (singkatan dari nama I) buat ni ketupat betinaaku: ape beza jantan dengan betina?nenek: jantan yang macam atok buat (tunjuk dalam bakul), yang betina macam ati buat ni, bentuk segi tiga..atok punye segi tiga tapi memanjangaku: ouhhhh tapi boleh makan kan tok yang betina ni?nenek: boleh tapi tak elok dihidangkan untuk tetamuaku: ouhhh yeke..kenapa?nenek: hishhh budak ni (senyum)aku: hahaha (berlalu)
I pun tak tahu kenapa tak elok dihidangkan untuk tetamu....anyaman betina tu I buka balik, I suruh nenek I buatkan haha
nasib I baru buat satu, kalau dah buat banyak? jenuhhhhhh bukak balik pastu buat balik haihhh :p
gambar: rupa ketupat pulut jantan (sumber google)
ok lettew jadi anyaman betina...dari tak gheti menganyam langsung, kan kan kan? haha :p
I punya anyaman jadi betina sebab I perempuan, mestilah jadi betina punye anyaman...erkkkk tade kene mengena >.<
kata hati: nak kena belajar lebih menganyam ni, nanti senang =)
LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ
10 kritikan membina:
erk..ade pulak jntn betina ea
@al_hakim
hahaha :p
1st time dgr ketupat ada jntn betina.hehe
@saharinasaharudin
hee kan kan tapi itulah realitinya :D
hhahaha..boleh pula ada jantan betina nya....ngeee...........dulu pena bljr buat ketupat palas,tapi skrg da lupa skill...even dpn ruma ada daun palas,tetap xreti buat.hahaha
@ecadwinkyasha
hahaha kan, ada jantan betina gitu ngeeee, ouhh lupa skill tape, boleh belajar balik heee
sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa tak boleh hidang kat tetamu . . tapi kita boleh makan kan ? #justwondering :P
@Hafizuddin Jasmi
heee itulah...sampai sekarang sye pun tatau ape sebabnye, makan boleh :)
Kalau tak salah saya sebabnya kerana yang jenis betina tu dia seakan-akan membentuk tanduk. Jadi mungkin sebab itu kurang sesuai dihidangkan kepada tetamu. :)
@Ilyana Ilias
atlast...ada jawapan hehe..terima kasih wak :)
Post a Comment