Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Wednesday, March 20, 2013

bermula dari perasaan benci

Photobucket
sekian lama tak update blog membebel... dah macam nyawa-nyawa ikan, kesian kita tengok blog kita ni... baru hari ini terasa nak membebel kejap

kita nak tanya, pernah tak korang ada di dalam situasi di mana orang tu suka korang tapi korang menyampah benci gila dengan orang tu?? kita pernah kena macam ni masa 6 bulan yang lepas *tapi nak juga cerita sebab ada kaitan sehingga sekarang*

Al-kisahnya kita kenal dengan seseorang ni, dia ni al-tak-faham-bahasa betul... orang dah cakap tak suka tu maknanya tak suka laaaa!!!

tapi dia ni kan seboleh-boleh nak berusaha juga, tak putus asa katanyeeeee *tangan di dada mata pandang atas*

puas dah garang-garang, buat keras hati kita, keras kepala kita tapi dia ni tak faham-faham juga =___="

tapi entah macam mana satu hari tu, TERjatuh sayang dekat dia... macam magik, betul orang-orang tua cakap, jangan terlalu benci sebab perasaan benci tu boleh bertukar jadi sayang



kita selalu dengar quote macam kat atas ni & kita decide nak bagi peluang dekat dia dan juga dekat diri sendiri

mula-mula memang tak boleh... seriously tawar hati, tak nak lukakan diri sendiri.. tak nak sakit pedih ngilu lagi

bila fikir positif, buka minda, buka hati lama kelamaan Alhamdulillah kita dapat terima kehadiran dia sepenuhnya

orang yang mencintai kita akan lebih menghargai kita sepenuhnya dari orang yang kita bersusah-susah jaga hati demi orang yang kita cintai, kenapa macam tu?

sebabnya orang yang mencintai kita tahu betapa susah payahnya nak memiliki hati kita tapi bila dah memiliki.. dia akan menghargai sepenuhnya
cintailah orang yang mencintai dirimu berbanding kamu mencintai orang yang tidak mencintai dirimu.. kerana  orang yang mencintai dirimu tu akan menyayangi dan lebih menghargaimu berbanding orang yang tidak mencintaimu yang mungkin tidak menghargaimu...
jangan jadikan sejarah lama sebagai penghalang untuk buat diri bahagia.. dah tiba masanya beri peluang dekat diri sendiri dan juga orang lain untuk membahagiakan kita

harapnya rasa bahagia ni bukan hanya untuk sementara tapi untuk selamanya, insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya
nota lappy: kecewa pada masa lalu tidak bermakna selamanya kita akan merasa kecewa, dari kekecewaan tersebut akan terbit sebuah kebahagiaan tanpa kita jangka

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

0 kritikan membina:

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!