Protected by Copyscape Unique Content Checker
KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

----> KELEBIHAN BEDAK ARAB
----> SENARAI HARGA
jika anda berminat mahupun terdapat sebarang pertanyaan, sila ----> INBOX zati

Sunday, June 19, 2011

sungguh tak reti mengucapkan sayang, selamat hari bapa

semua pun up entry untuk mengucapkan selamat hari bapa tak terkecuali I, ada juga yang merancang untuk celebrate dan bagi hadiah kepada bapa mereka tapi I??

pada hari ibu, I tak celebrate mahupun memberi beliau hadiah...apa yang I beri? I salam tangan dan cium kedua belah pipi beliau sambil mengucapkan selamat hari ibu, itu sahaja

begitu juga dengan hari bapa, I hanya wish....tak celebrate pun, bagi I...hari-hari adalah hari ibu dan bapa, seperti yang kita tahu kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa

walaupun I tak celebrate, tidak memberi beliau hadiah mahupun I tak ucapkan "akak sayang abah" itu tidak bermakna I tidak sayang beliau

jauh di sudut hati I, I amat menyayanginya walaupun tidak diungkapkan dengan kata-kata, I tak reti untuk meluahkan perasaan sayang secara berdepan

di samping ini, I ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah I, terima kasih I ucapkan pada beliau untuk segala-segalanya

selama 20tahun beliau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan tidak pernah ada satu pun yang terkurang, akak sayang abah =)

ayah I melawak di hari bapa:
abah: akak...maxis telefon abah tadi
aku: haaaa? (terkejut), kenapa abah? 
abah: sebab akak pakai maxis broadband siang malam, lebih daripada had..
aku: (dah gelak time ni) abah tipu
abah: (buat muka serius) betul, dia suruh bayar lebih sebab akak lebih limit
aku: (gelak lagi) betol ke? abah tipu laa, betul ke bu (tanya mak I pulak nak dapatkan kepastian)
ibu: ya betol, ibu yang cakap dengan maxis tadi
aku: betul ke abah?
abah: (mengangguk)
aku: (dah gelak-gelak sambil buat muka tak bersalah)
ibu: tak ada laa, bukan sebab pakai siang malam
aku: (gelak terkekeh-kekeh) haaaaa kan dah kata, abah tipu
abah: tapi memang maxis telefon tadi, dia cuma tanya tentang bil, itu je (senyum)
aku: (gelak lagi) ouhhhh
tertipuuuuuuuuuu dengan dorang hahahahaha, matik-matik I percaya, sabar jela hahahaha, aduyaiii rasa macam nak gelak bila ingat balik, tak boleh blaaa *tu laaa pandai guna jek, kan dah kena dengan ayah sendirik hahaha*

kata hati: selamat hari bapa kepada yang bergelar bapa

LIKE DAN SHARE ENTRY INI KALAU SUKA, TQ

2 kritikan membina:

HaNa Hani on June 21, 2011 at 3:21 AM said...

xpe..pentingnye doa ibu bape kite tiap mase kan
^_^

@cik_ezati on June 21, 2011 at 3:29 AM said...

@HaNa Hani
yeah betul-betul heee :)

 

zati and lappy Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!